𝗠𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗶𝘇𝗶𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗻𝗼 𝗽𝗶𝗻 𝗸𝗮𝗱 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.
Ada pihak yang setuju, ada juga yang tidak.
Tak kisahlah pihak mana, sama ada suami atau isteri.
Si isteri, tak nak share no pin kad bank kepada pasangan sebab duit suami duit isteri, duit isteri adalah duit isteri.
Si suami pula, tak nak share no pin kepada pasangan sebab risau bajet bulanan tersasar bila salah guna.
Masing² ada alasan tersendiri.
Apapun, bawa berbincang.
Hari ni saya berhadapan dengan client di mana situasi isteri tak tahu no pin kad bank suami.
Ceritanya begini.
Policy owner adalah si suami.
36 hari ditahan di wad.
Tidak sedar secara normal sejak hari kejadian, jatuh di bilik air.
Sekarang bedridden, tidak boleh bercakap, tidak boleh duduk apatah lagi berdiri dan berjalan. Hanya boleh buka sedikit sebelah mata, gerak jari, tangan dan kaki sebelah bahagian.
Bahagian leher berpasang thraceascomy.
Minum susu menggunakan tiub.
.
.
Apa² claim takaful semasa hidup, pampasan akan masuk ke akaun policy owner.
Tapi isteri tak dapat keluarkan duit dari akaun tersebut, sebab tak tahu no pin kad bank si suami.
Sekarang kan dah boleh gunakan pay-wave untuk kad bank.
Tanpa tahu cukup ke amaun pembelian dan berapa baki di dalam akaun tersebut.
Terbatas untuk sesetengah ‘transaction’ di situ.
Begitu juga handphone si suami, masih belum dapat dibuka kerana ada pin code.
.
.
Apa impaknya bila situasi begini berlaku?
Isteri dan anak² tak dapat nak manfaatkan pampasan claim tersebut untuk kelangsungan hidup seharian suami, isteri dan anak².
Susu dan lampin pakai buang untuk si suami perlu dibeli.
Saya sebagai ejen kepada suami dia pun turut sedih. Luluh hati saya 😭

Hargai pasangan selagi ada.
Saat salah seorang ditimpa musibah, ketahuilah pasangan adalah orang yang paling terkesan dan banyak berkorban.
Di saat inilah kesetiaan dan kesabaran diuji, saat dilanda sukar dan susah.
Pilih Medical Card Terbaik Yang Bersesuaian Dengan Bajet. Pilihan Daripada 9 Syarikat Takaful. KLIK SINI
credit dari FB post IFAR Zura dengan izin.