๐ ๐ถ๐ป๐๐ฎ ๐ถ๐๐ถ๐ป ๐ฎ๐บ๐ฏ๐ถ๐น ๐๐ฎ๐ต๐ ๐ป๐ผ ๐ฝ๐ถ๐ป ๐ธ๐ฎ๐ฑ ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ธ ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐บ๐๐น๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด.
Ada pihak yang setuju, ada juga yang tidak.
Tak kisahlah pihak mana, sama ada suami atau isteri.
Si isteri, tak nak share no pin kad bank kepada pasangan sebab duit suami duit isteri, duit isteri adalah duit isteri.
Si suami pula, tak nak share no pin kepada pasangan sebab risau bajet bulanan tersasar bila salah guna.
Masingยฒ ada alasan tersendiri.
Apapun, bawa berbincang.
Hari ni saya berhadapan dengan client di mana situasi isteri tak tahu no pin kad bank suami.
Ceritanya begini.
Policy owner adalah si suami.
36 hari ditahan di wad.
Tidak sedar secara normal sejak hari kejadian, jatuh di bilik air.
Sekarang bedridden, tidak boleh bercakap, tidak boleh duduk apatah lagi berdiri dan berjalan. Hanya boleh buka sedikit sebelah mata, gerak jari, tangan dan kaki sebelah bahagian.
Bahagian leher berpasang thraceascomy.
Minum susu menggunakan tiub.
.
.
Apaยฒ claim takaful semasa hidup, pampasan akan masuk ke akaun policy owner.
Tapi isteri tak dapat keluarkan duit dari akaun tersebut, sebab tak tahu no pin kad bank si suami.
Sekarang kan dah boleh gunakan pay-wave untuk kad bank.
Tanpa tahu cukup ke amaun pembelian dan berapa baki di dalam akaun tersebut.
Terbatas untuk sesetengah ‘transaction’ di situ.
Begitu juga handphone si suami, masih belum dapat dibuka kerana ada pin code.
.
.
Apa impaknya bila situasi begini berlaku?
Isteri dan anakยฒ tak dapat nak manfaatkan pampasan claim tersebut untuk kelangsungan hidup seharian suami, isteri dan anakยฒ.
Susu dan lampin pakai buang untuk si suami perlu dibeli.
Saya sebagai ejen kepada suami dia pun turut sedih. Luluh hati saya ๐ญ

Hargai pasangan selagi ada.
Saat salah seorang ditimpa musibah, ketahuilah pasangan adalah orang yang paling terkesan dan banyak berkorban.
Di saat inilah kesetiaan dan kesabaran diuji, saat dilanda sukar dan susah.
Pilih Medical Card Terbaik Yang Bersesuaian Dengan Bajet. Pilihan Daripada 9 Syarikat Takaful. KLIK SINI
credit dari FB post IFAR Zura dengan izin.




