Medical Card, Hibah Takaful Terbaik

Kenali dan Fahami Rider-Rider yang Terdapat dalam Sijil Takaful Anda

Tahukah anda terdapat beberapa jenis Rider atau manfaat tambahan yang anda boleh pilih di dalam sijil Takaful anda? Mari kita belajar maksud dan kegunaan setiap satu Rider yang kebiasaannya ada dalam pasaran.

  1. Rider Waiver atau Manfaat Pengecualian Bayaran
    • Ada 2 jenis Rider Waiver yang anda boleh pilih, tertakluk kepada Syarikat Takaful yang anda carum. Yang Pertama adalah Waiver due to CI atau Pengecualian Bayaran apabila di diagnos dengan mana-mana penyakit kritikal dan yang kedua pula Waiver due to TPD only, iaitu Pengecualian Bayaran apabila berlaku TPD atau Lumpuh kekal menyeluruh.
    • Apakah maksud Waiver atau Pengecualian Bayaran ini? Jika anda memilih untuk menambah manfaat ini dalam sijil takaful anda, bayaran caruman anda akan dikecualikan apabila berlaku salah satu dari penyakit di atas (penyakit kritikal atau TPD atau yang mana dahulu)
    • Selain dari itu terdapat juga Rider Waiver untuk Parent atau Payor. Jika anda mencarum sijil takaful untuk anak anda, manfaat ini akan mengecualikan bayaran untuk caruman sijil takaful anak anda sekiranya anda sebagai pembayar meninggal dunia atau lumpuh kekal menyeluruh atau di diagnos penyakit kritikal, sehingga anak itu berumur 25 tahun.
  2. Rider Hospital Income atau Manfaat Elaun Hospital
    • Manfaat ini akan berikan anda elaun tunai untuk setiap hari anda di masukkan ke dalam wad untuk sebarang rawatan.
  3. Rider Critical Illness atau Manfaat Penyakit Kritikal
    • Manfaat ini akan membayar sejumlah pampasan tunai apabila anda disahkan menghidap sebarang penyakit kritikal. Kebiasaannya, anda perlu di diagnos dengan stage 3 ke atas untuk layak mendapat pampasan tersebut. Akan tetapi ada juga pengendali takaful yang membayar manfaat ini untuk tahap awal atau Early Stage.
  4. Rider Accidental Death & Dismemberment
    • Manfaat ini akan membayar sejumlah pampasan jika berlaku kematian akibat kemalangan. Pampasan ini adalah tambahan kepada manfaat kematian biasa atau Basic Sum Cover.
    • Jika berlaku kemalangan dan anda kehilangan anggota badan disebabkan kemalangan itu, anda akan terima pampasan mengikut peratusan dan jenis anggota yang hilang.

ika anda berkemampuan, adalah sangat disarankan untuk menambah manfaat-manfaat di atas dalam sijil takaful anda. Namun jika terpaksa memilih satu sahaja, ambillah manfaat pengecualian bayaran atau waiver itu sebagai yang paling utama.

Cuba anda semak semula sijil takaful yang anda sudah carum. Apakah manfaat yang anda sudah ambil dan adakah ia mencukupi dengan keperluan semasa anda.

Dapatkan Medical Card terbaik Pilihan dari 9 Syarikat Takaful. KLIK DI SINI

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
WhatsApp
Telegram
LinkedIn

Latest Article

Category

Scroll to Top