Soalan yang sangat baik untuk dibincangkan.
Ramai dari kita yang bekerja sudah pun diberikan medical coverage oleh majikan. Tahniah kerana anda mempunyai majikan yang sangat prihatin dengan kebajikan pekerja mereka. Kebanyakan syarikat-syarikat besar memang ada berikan perlindungan kesihatan untuk pekerja-pekerja mereka. Ada juga yang turut melindungi ahli keluarga di dalam perlindungan tersebut.
Perlu diingat bahawa perlindungan ini bukanlah sesuatu yang wajib ada di dalam kontrak pekerjaan mengikut akta pekerjaan 1955. Majikan anda boleh saja berikan atau menarik balik faedah tersebut bila-bila sahaja mereka rasa perlu dengan memberikan notis sewajarnya. Mereka juga boleh saja menambah atau mengurangkan faedah tersebut sesuai dengan keadaan dan prestasi semasa syarikat.
Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda dapat menyediakan medical coverage untuk diri sendiri dan keluarga anda sewaktu masih sihat. Ini kerana, kita sendiri tidak tahu berapa lama kita akan dapat bekerja. Andai ditakdirkan kita tidak dapat lagi bekerja atas sebab-sebab kesihatan, maka faedah perubatan yang majikan sediakan tadi sudah tidak dapat lagi kita nikmati. Di sinilah pentingnya mempunyai Medical coverage individu sendiri.
Baru-baru ini ada sahabat saya menceritakan perihal client beliau yang mempunyai medical coverage dari majikan yang turut melindungi ahli keluarga. Client tersebut hanya mengambil Medical Card individu untuk anak-anak yang sudah dewasa dan tidak lagi dilindungi dibawah faedah dari majikannya. Akan tetapi beliau diuji pula dengan anak yang bongsu berusia 13 tahun didiagnos dengan kanser limfoma. Beliau menyatakan kegusaran kerana faedah yang majikan beliau sediakan tidak cukup untuk rawatan kanser anak beliau di hospital swasta.
Ini hanyalah secebis dari kisah mengapa perlunya untuk adakan medical coverage sendiri. Jika majikan anda ada menyediakan faedah perubatan, faedah tersebut hanya boleh digunakan selagi mana anda masih bekerja dengan majikan tersebut. Sekiranya anda berhenti kerja atau diberhentikan, anda tidak dapat menikmati faedah perubatan itu lagi.
Oleh itu, sediakanlah Medical kad Individu untuk anda dan keluarga ketika anda masih sihat dan mampu bekerja kerana dengan perlindungan yang tepat, anda dapat menghadapi risiko kesihatan dengan lebih tenang.
Pilih Medical Card Terbaik Yang Bersesuaian Dengan Bajet. Pilihan Daripada 9 Syarikat Takaful. KLIK SINI




